Skip to Content

Tarikh Berkuatkuasa: 1 Oktober 2025

Di Mastercard, kami menawarkan program terkemuka di pasaran yang membantu memberikan anda pengalaman pembayaran yang selamat dan lancar ("Pengemas Kini Pengebilan Automatik" atau "Program ABU"). Secara khusus, Program ABU kami menyediakan cara yang selamat dan mudah bagi pemeroleh dan pedagang untuk menerima butiran akaun pembayaran yang telah dikemas kini apabila kad pembayaran telah tamat tempoh atau telah diperbaharui. Sebagai contoh, jika anda menyimpan butiran kad pembayaran anda dalam aplikasi pedagang dan kad tersebut kemudiannya tamat tempoh, Mastercard boleh memberikan pedagang butiran pembayaran terkini anda, tanpa memerlukan anda mengambil sebarang tindakan selanjutnya.

Kami mengesyorkan agar anda membaca notis ini bersama dengan Notis Privasi Global Mastercard.

1. SKOP NOTIS INI

Notis privasi ini ("Notis") menerangkan bagaimana Mastercard International Incorporated dan sekutunya (secara kolektif "Mastercard", "kami" atau "kita"), memproses Maklumat Peribadi apabila ia mengendalikan Program ABU secara global, termasuk di Kawasan Ekonomi Eropah, United Kingdom dan Switzerland melalui Mastercard Europe SA. "Maklumat Peribadi" bermaksud sebarang maklumat yang berkaitan dengan individu yang telah dikenal pasti atau boleh dikenal pasti ("anda").

Notis ini tidak merangkumi pemprosesan di mana kami bertindak bagi pihak dan di bawah arahan institusi kewangan (contohnya, bank yang mengeluarkan kad Mastercard anda), pedagang dan rakan kongsi lain yang bertindak sebagai pengguna data, termasuklah untuk tujuan pemprosesan transaksi pembayaran. Sila rujuk kepada notis privasi mereka untuk maklumat mengenai pemprosesan Maklumat Peribadi anda dalam kes sedemikian.

2. MAKLUMAT PERIBADI APA YANG KAMI PROSES UNTUK PROGRAM ABU

Kami mengumpul jenis-jenis Maklumat Peribadi berikut yang berkaitan dengan anda:

  • Maklumat mengenai kad pembayaran anda yang telah tamat tempoh: nombor akaun lama dan tarikh tamat tempoh lama.
  • Maklumat tentang kad pembayaran baru anda: nombor akaun baru dan tarikh tamat tempoh baru.

Kami memperoleh kategori Maklumat Peribadi di atas daripada institusi kewangan yang mengeluarkan kad pembayaran anda atau daripada pedagang atau pemeroleh mereka melalui pertanyaan pedagang ABU.

3. CARA KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Kami mungkin menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan di bawah. Bergantung pada negara tempat anda berada, kami hanya akan memproses Maklumat Peribadi anda selaras dengan undang-undang yang terpakai dan dengan ketelusan serta keadilan apabila kami mempunyai asas undang-undang untuk pemprosesan, seperti yang dikenal pasti dalam jadual di bawah:

    Aktiviti Pemprosesan

Asas Undang-Undang untuk Pemprosesan (jika dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai)

    Memberi, menyokong, dan membolehkan Program ABU, termasuk menyediakan maklumat kad pembayaran yang dikemas kini kepada produk dan perkhidmatan Mastercard lain.

  • Anda telah memberi persetujuan untuk penggunaan Maklumat Peribadi anda; atau
  • Pemprosesan diperlukan untuk memasuki, atau bagi melaksanakan sesuatu kontrak di mana anda adalah suatu pihak kepadanya; atau
  • Kami, atau pihak ketiga, mempunyai kepentingan sah dalam menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk mengurangkan kegagalan pembayaran dan meningkatkan keselamatan rangkaian pembayaran dengan mengendalikan Program ABU.

    Mengesan, menyiasat, dan mencegah penipuan.

    Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti penipuan dan keselamatan kami, sila lihat Notis Penipuan dan Keselamatan kami.

  • Anda telah memberi persetujuan untuk penggunaan Maklumat Peribadi anda; atau/li>
  • Pemprosesan diperlukan untuk memasuki atau bagi melaksanakan sesuatu kontrak di mana anda adalah suatu pihak kepadanya; atau
  • Kami, atau pihak ketiga, mempunyai kepentingan sah dalam menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk melindungi daripada penipuan, mengamankan Program ABU kami, rangkaian kami, dan transaksi pembayaran yang kami proses.

    Menilai, memperbaiki, dan membangunkan produk, perkhidmatan dan aplikasi kami (termasuk Program ABU), seperti tokenisasi, penjanaan kad maya, dan/atau pengoptimuman pemprosesan transaksi pembayaran.

  • Anda telah memberi persetujuan untuk penggunaan Maklumat Peribadi anda; atau
  • Pemprosesan diperlukan untuk memasuki atau bagi melaksanakan sesuatu kontrak di mana anda adalah suatu pihak kepadanya; atau
  • Kami, atau pihak ketiga, mempunyai kepentingan sah dalam menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk menilai, memperbaiki, dan membangunkan produk dan perkhidmatan kami.

    Menghilangkan pengecam atau menjadikan Maklumat Peribadi tidak dapat dikenali pasti dan menyediakan laporan data agregat untuk analisis dalaman dan penanda aras.

  • Kami, atau pihak ketiga, mempunyai kepentingan sah dalam menghilangkan pengecam atau menjadikan Maklumat Peribadi tidak dapat dikenali pasti dan menyediakan laporan data agregat untuk tujuan perniagaan dalaman.

    Mematuhi obligasi undang-undang dan permintaan penguatkuasaan undang-undang.

  • Pemprosesan diperlukan untuk pematuhan terhadap obligasi undang-undang atau peraturan.

    Menubuhkan, melaksanakan dan mempertahankan hak undang-undang.

  • Anda telah memberi persetujuan untuk penggunaan Maklumat Peribadi anda; atau
  • Pemprosesan diperlukan untuk memasuki atau bagi melaksanakan sesuatu kontrak di mana anda adalah suatu pihak kepadanya; atau
  • Kami, atau pihak ketiga, mempunyai kepentingan sah dalam menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk menubuhkan, melaksanakan, dan mempertahankan hak undang-undang.

    Mematuhi piawaian industri dan dasar kami.

  • Anda telah memberi persetujuan untuk penggunaan Maklumat Peribadi anda; atau
  • Pemprosesan diperlukan untuk memasuki atau bagi melaksanakan sesuatu kontrak di mana anda adalah suatu pihak kepadanya; atau
  • Kami, atau pihak ketiga, mempunyai kepentingan sah dalam menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk mematuhi piawaian industri dan dasar kami.

4. CARA KAMI BERKONGSI MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda:

  • Dengan ibu pejabat Mastercard di Amerika Syarikat, sekutukami, dan entiti lain dalam kumpulan syarikat Mastercard.
  • Dengan peserta Program ABU, seperti institusi kewangan (iaitu, bank yang mengeluarkan kad yang didaftarkan dalam Program ABU dan pemeroleh) dan pedagang yang menyertai.
  • Dengan penyedia perkhidmatan yang menjalankan perkhidmatan bagi pihak kami dan berkaitan dengan tujuan yang diterangkan dalam Notis ini. Kami memastikan mereka tertakluk kepada perlindungan data secara kontrak dan obligasi keselamatan yang ketat.
  • Apabila kami percaya pendedahan diperlukan untuk melindungi kepentingan vital individu, untuk melindungi Mastercard daripada bahaya atau kerugian kewangan, atau berkaitan dengan penyiasatan activiti penipuan dan tindakan yang menyalahi undang-undang yang disyaki.
  • Seperti yang dikehendaki di bawah undang-undang atau proses perundangan yang terpakai, atau untuk membalaspermintaan daripada agensi penguatkuasaan undang-undang atau kerajaan. Apabila menerima permintaan sedemikian, kami akan mengikuti proses yang dinyatakan dalam Peraturan Korporat Mengikat kami, jika berkenaan.
  • Sekiranya berlaku penjualan atau pemindahan perniagaan atau aset kami, secara keseluruhan atau sebahagiannya. Dalam keadaan sedemikian, kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk mengarahkan penerima pemindahan menggunakan Maklumat Peribadi yang anda berikan kepada kami dengan cara yang selaras dengan Notis ini.

5. PEMINDAHAN DATA

Mastercard adalah perniagaan global. Kami mungkin memindahkan Maklumat Peribadi anda ke Amerika Syarikat dan negara-negara lain yang mungkin tidak mempunyai undang-undang perlindungan data yang sama seperti negara di mana anda memberikan maklumat tersebut pada awalnya, Walau bagaimanapun kami akan melindungi Maklumat Peribadi anda menurut Notis ini, seperti yang didedahkan kepada anda pada masa pengumpulan data.

Sekiranya pemindahan sedemikian berlaku, jika anda berada di Kawasan Ekonomi Eropah, kami akan memproses Maklumat Peribadi anda selaras dengan Peraturan Korporat Mengikat ("PKM") kami dan mekanisme pemindahan data lain yang sesuai seperti Klausa Berkontrak Standard Suruhanjaya Eropah untuk memastikan tahap perlindungan yang mencukupi bagi Maklumat Peribadi anda.

Amalan privasi Mastercard, sebagaimana diterangkan dalam Notis Privasi Global ini, mematuhi Sistem Peraturan Privasi Merentas Sempadan APEC ("PPMS"). Sistem PPMS APEC menyediakan rangka kerja untuk organisasi memastikan perlindungan Maklumat Peribadi yang dipindahkan antara ekonomi APEC yang mengambil bahagian. Maklumat lanjut mengenai rangka kerja APEC boleh didapati di sini.

6. HAK DAN PILIHAN ANDA, CARA MENGHUBUNGI KAMI, DAN MAKLUMAT TAMBAHAN MENGENAI AMALAN KAMI

Untuk maklumat lanjut mengenai hak anda, cara menghubungi kami, atau untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana kami berkongsi, memindahkan, menyimpan dan melindungi Maklumat Peribadi anda, sila baca Notis Privasi Global kami.

Anda mempunyai hak dan pilihan tertentu, seperti yang diterangkan dalam Notis Privasi Global, mengenai Maklumat Peribadi yang kami simpan tentang anda. Anda, atau pihak yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak anda, boleh menggunakan hak-hak ini di portal My Data Centre Mastercard atau dengan menyerahkan permintaan seperti yang diterangkan dalam Notis Privasi Global.

Untuk pertanyaan mengenai kad Mastercard anda dan pembelian anda, sila hubungi institusi kewangan atau pedagang anda. Maklumat lanjut tentang cara menghubungi mereka boleh didapati di laman web mereka.